Mengenai PI1M
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI1M
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Gong Chengal ini berasal daripada nama sebuah pohon Chengal yang kedudukan di atas tebing separuh gong. Perkataan Gong bermaksud tempat tinggi tetapi ia lebih kepada kawasan lebih tinggi sedikit daripada tempat lain dalam lingkungan kecil kerana sebahagian daripada kampung itu ‘tidak terlepas’ daripada bencana banjir.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018PROGRAM ADVOKASI DI 4U2C PENDIDIKAN KHAS KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018
Program Advokasi Klik Dengan Bijak telah diadakan bersama pelajar autisme. 4U2C adalah satu program cergas dan cerdas yang dirancang oleh Unit Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Terengganu untuk semua murid-murid pendidikan khas sekolah rendah dan menengah serta murid pemulihan di daerah tersebut....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SMK CHERUL
Aktiviti Terkini | 27 Mac 2018
Program Advokasi Klik Dengan Bijak & E Waste telah diadakan bersama pelajar SMK Cherul anjuran Kluster Kemaman pada 27 Mac 2018....baca selanjutnya
PROGRAM SOAL SELIDIK PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PI1M & INKLUSI DIGITAL DIKALANGAN KOMUNITI TERPINGGIR 
Aktiviti Terkini | 06 Mac 2018
Program bagi mengumpul maklumat daripada 60 orang penduduk kampung dari lingkungan usia 12 tahun hingga 60 tahun ke atas serta temubual bersama Pengurus dan Penolong Pengurus serta Wakil JKKK....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI & DASHBOARD KOMUNITI BERSAMA IKBN KEMASIK
Aktiviti Terkini | 08 Februari 2018Program Advokasi & Dashboard Komuniti telah diadakan di Dewan Sri Suria, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik yang dianjurkan oleh Kluster Kemaman...baca selanjutnya
PROGRAM PERKHIDMATAN MOBILE TEAM KWSP
Aktiviti Terkini | 07 Februari 2018Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal telah bekerjasama dengan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mengadakan program perkhidmatan mobile team KWSP di PI1M Kg Gong Chengal....baca selanjutnya
PROGRAM JOM BACA BUKU DAN CELIK IT
Aktiviti Terkini | 06 Februari 2018Program Jom Baca Buku & Celik IT telah diadakan di INSPI Kemaman anjuran Majlis Perwakilan Pelajar INSPI (MPPI).Program ini turut dihadiri oleh Pustaka Awam Daerah Kemaman, Mohd Copier Serv & Trading Sdn Bhd (MCSB), Aman Palestin...baca selanjutnya
MISI BANTUAN BANJIR SERTA PENYERAHAN BANTUAN BANJIR 2018
Aktiviti Terkini | 07 - 31 Januari 2018Program ini dijalankan bagi membantu mangsa banjir dan memperkenalkan perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya