Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Gong Chengal ini berasal daripada nama sebuah pohon Chengal yang kedudukan di atas tebing separuh gong. Perkataan Gong bermaksud tempat tinggi tetapi ia lebih kepada kawasan lebih tinggi sedikit daripada tempat lain dalam lingkungan kecil kerana sebahagian daripada kampung itu ‘tidak terlepas’ daripada bencana banjir.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PROGRAM BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2016

Program ini adalah kerjasama antara Puteri Umno, JKK Kg Gong Chengal dan PI1M Kg Gong Chengal bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk setempat disamping memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM ADVOKASI PASCA UPSR @SK KEMASEK

16 November 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Gong Chengal dengan kerjasama PI1M Bukit Anak Dara, PI1M Binjai, PI1M Felda Kerteh 5, PI1M Bukit Kuang, PI1M Kg Baru Kemasik dan PI1M Padang Kubu telah mengadakan Program Advokasi Pasca UPSR di SK Kemasek...baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 05 November 2016

Program meraikan 10 muharam dan menyambut ketibaan pak sabri (duta kelulut walk). Program ini diadakan di tapak pasar tani gong chengal merupakan kerjasama daripada pihak JKKK gong chengal dan PI1M yang pelbagai aktiviti berfaedah diadakan. Selain itu, program ini juga diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama komuniti kampung gong chengal...baca selanjutnya

PROGRAM PERASMIAN DAN BACAAN YASSIN PASAR TANI GONG CHENGAL

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2016

Program perasmian dan bacaan yassin pasar tani Gong Chengal merupakan kerjasama daripada pihak JKKK gong chengal dan Pi1M yang bertujuan untuk memberkati dan mengalakkan peniaga-peniaga kecil untuk mula berniaga, program ini diadakan di dataran Kg Gong Chengal...baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI

30 September 2016 | Aktiviti Terkini

Program bersama komuniti merupakan inisiatif daripada pihak PI1M, Puteri Umno dan Produk Sophie yang bertujuan untuk memperkenalkan produk dan menarik komuniti untuk menjadi stokis dan ahli bagi membantu mereka dalam mempromosikan jualan mereka dan menarik minat mereka kepada bidang usahawan. Program ini diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Gong Chengal...baca selanjutnya

Wanita Era Digital

13 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Program Wanita Era Digital merupakan inisiatif daripada pihak Digi yang bertujuan untuk memperkenalkan penggunaan internet kepada golongan sasaran iaitu golongan wanita untuk membantu mereka dalam mempromosikan jualan mereka dan...baca selanjutnya

HARI KOMUNITI PINTAR KEMAMAN

22 - 24 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Hari Komuniti Pintar Kemaman merupakan inisiatif daripada pihak MCMC yang bertujuan untuk mempromosikan inisiatif komuniti pintar dalam membangunkan dan memanfaatkan ekosistem ICT dalam kalangan komuniti setempat......Baca selanjutnya

Pusat Internet 1Malaysia Dan Ketua Wanita Umno Gong Chengal

22 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2016, Pusat Internet 1Malaysia Kg. Gong Chengal telah bekerjasama dengan ketua wanita UMNO untuk mengadakan majlis tadarus Al-Quran yang berlangsung di dewan orang ramai Kg. Gong Chengal Kemasik.....Baca selanjutnya

Bersama PDK Dan Taska Little Genius Muslim

24 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2016, Pusat Internet 1Malaysia Kg. Gong Chengal telah bekerjasama dengan Pihak PDK dan Taska Little Genius Muslim untuk mengadakan aktiviti bersama untuk memberi pendedahan kepada pelajar taska mengenai pelajar PDK.....Baca selanjutnya

LAWATAN MCMC AND UNICEFS

18 April 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2016, Pusat Internet 1Malaysia Kg. Gong Chengal telah menerima lawatan daripada wakil UNICEF dan MCMC sempena program Kemaman Smart Community.....Baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK

26 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mac 2016, Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal telah mengadakan aktiviti Klik Dengan Bijak. Kempen kesedaran awam keselamatan Internet yang bertemakan Klik Dengan Bijak ini bermatlamatkan keselamatan,.....baca selanjutnya

HARI BERSAMA PDK KEMASIK

17 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Febuari 2016, Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal telah mengadakan Hari bersama PDK atau Pemulihan Dalam Komuniti Kemasik. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang apa yang disediakan di PI1M serta memupuk minat mereka terhadap ICT......baca selanjutnya

GOTONG ROYONG

30 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Januari 2016, Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Chengal telah mengadakan Gotong Royong membersihkan kawasan PI1M. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara pengguna dan pihak PI1M serta mengindahkan kawasan PI1M untuk keselesaan bersama..... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya